Thursday, October 14, 2010

Sukan Komanwel: Emas ke-11, Chong Wei tepati ramalan.







(DARI kiri) Kien Keat, Lee Chong Wei, Eei Hui dan Boon Heong menunjukkan pingat emas masing-masing di Kompleks Sukan Siri Fort, New Delhi.


Beregu campuran negara, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui memberikan pingat emas kesembilan kepada Malaysia selepas mengalahkan pasangan England, Jenny Wallwork-Nathan James Robertson 22-20, 21-12 dalam perlawanan akhir.






MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sempat meluangkan masa menonton siaran langsung perlawanan akhir badminton membabit pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ketika di Parlimen, sebentar tadi. Chong Wei menyumbang pingat emas ke-11 selepas menundukkan Rajiv Ouseph dari England.


NEW DELHI, 14 Okt — Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan memenangi pingat emas untuk Malaysia bagi acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel di sini hari ini. Dalam acara akhir di Kompleks Sukan Sri Fort, juara All-England itu dengan mudah mengetepikan cabaran Rajiv Ouseph dari England 21-10, 21-8 untuk menyumbang emas ke-11 bagi Malaysia pada temasya sukan itu kali ini.





Cuba Lagi...Mew Choo ditenangkan Chong Wei selepas tewas kepada bintang India, Saina Nehwal, 21-19, 21-23, 13-21 dalam masa 72 minit.

Jelesssss okey!!! Ishh!! Nk jgk!! Huhuhu...Y_Y


GANDINGAN Tan Boon Heong (kiri) dan Koo Kien Keat diramal mudah untuk memenangi emas dalam acara akhir beregu lelaki.

KEPUTUSAN
Perseorangan lelaki: Lee Chong Wei mn Rajiv Ouseph (Eng) 21-10, 21-8
Beregu lelaki: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mn Anthony Clark-Nathan Robertson (Eng) 21-19, 21-14
Perseorangan wanita: Wong Mew Choo kk Saina Nehwal (Ind) 19-21, 23-21, 21-13
Beregu campuran: Koo Kien Keat-Chin Eei Hui mn Nathan Robertson-Jenny Wallwark (Eng) 22-20, 21-12

0 hawt comments:

Post a Comment